Wednesday, February 25, 2009

semasa 1: persidangan



Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2009 dengan tema “Pengantarabangsaan Penerbitan Ilmiah Malaysia” diadakan bagi menghimpunkan penggiat/pengamal penerbitan ilmiah, ahli akademik, pegawai penyelidik, pustakawan, mahasiswa, ahli bahasa, penggiat industri buku, penulis, penerbit dan pendidik bagi membincangkan tajuk-tajuk penting tentang kegiatan/perusahaan/industri penerbitan ilmiah ke arah pemerkasaan bidang ini. Peserta berpeluang mendengar dua pembentangan kertas dasar, empat kertas kerja undangan, forum dan sejumlah kertas kerja yang dipilih khas oleh penganjur hasil daripada sumbangan peserta. Persidangan kali kedua ini dijangka dihadiri oleh 400 peserta.

maklumat lanjut boleh didapati di www.penerbit.usm.edu.my

No comments:

Post a Comment